Umum

Sistem e-Scroll Diperkenal Bagi Mengesan Sijil Palsu

Published on

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil inisiatif untuk melancarkan Sistem Pengeluaran dan Pengesahan Universiti (e-Scroll) bagi mengatasi masalah kelulusan pendidikan palsu yang sering berlaku dalam masyarakat kita.

Sistem ini bukan sahaja dapat mengelakkan pengeluaran ijazah palsu daripada pihak yang tidak bertanggungjawab tetapi juga memastikan kualiti sijil pendidikan di negara ini.

Teknologi blockchain diguna pakai di dalam sistem ini dan telah disertai 6 buah universiti awam iaitu Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Sistem ini mempunyai ciri istimewa iaitu kod pengimbas QR yang dicetak di atas sijil untuk membolehkan pengesahan sijil dilakukan dengan pantas dimana sahaja melalui jaringan internet.

Comments

Exit mobile version