Umum

Sistem Airmatic Akan Buatkan Kereta Korang Jadi Ala-Ala Rolls Royce!

Published on

Tahun 2020 ni sangatlah sukar untuk kita semua hadapi, pelbagai dugaan yang datang sampaikan ada individu yang terpaksa dibuang kerja, dikurangkan gaji dan sebagainya. Bagi penggemar atau peminat dunia permotoran, takkan lah korang taktahu pasal air suspension atau nama mudahnya, Airmatic betul tak? Salah satu pengeluar sistem Airmatic iaitu Accuair yang merupakan brand exclusive suspension dari California, US ni dah pun ditutup beberapa bulan lepas.



Sebenarnya Ohmedia bukanlah nak berkongsi kenapa Accuair ni ditutup, tapi Ohmedia nak kongsikan pasal sistem Airmetic yang memang tersangatlah canggih dan berguna. Kalau korang nak tahu, sistem Airmatic merupakan suspension yang kita boleh kawal secara elektronik jer yang boleh membuatkan pengguna untuk mengubah ride height dan stiffness mengikut citarasa sendiri.




Ia juga ada dikeluarkan oleh kilang-kilang kereta mewah seperti RollsRoyce, Range Rover dan sebagainya untuk dipasang pada kereta-kereta mereka. Nak tahu apa fungsi dia? Kalau korang tengok setiap kali driver Range Rover bukak pintu mereka, secara automatik kereta mereka akan jadi rendah. Itulah Airmatic!

Kalau korang pergi autoshow, kereta yang tayarnya terkepak-kepak (stance) tu kebanyakkanya juga menggunakan sistem Airmatic guys. Korang tak pelik ke macam mana lah mereka bawa kereta seakan duduk dilantai tu untuk berjalan di jalan raya yang tak rata dan berbonggol-bonggol, betul tak? Diorang sumbat airmetic ni lah untuk memudahkan diorang, ada masa nak rendah adjust bagi rendah dan bila nak tinggi pula adjust lah bagi tinggi. Ia juga sekaligus tak menyusahkan pengguna jalan raya yang lain.

Kredit: Accuair

+ Baca respon pembaca fungsi Airmatic di Facebook Oh! Media.

Comments

Exit mobile version