Umum

Sinar FM Mohon Maaf Kerana Kieran Panggil Pendengar “Sakai”

Published on

Gambar semasa Kieran meninggalkan Hot FM

Akibat keterlanjuran kata oleh penyampai radio, Kieran kerana memanggil seorang pendengar dengan perkataan “Sakai” pihak Sinar FM membuat permohonan maaf secara terbuka melalui laman sosial Facebook mereka.

Difahamkan Kieran secara tidak sengaja menyebut perkataan ‘Sakai’ itu apabila panggilan yang diterima oleh pendengar itu terputus.

Pihak Sinar FM juga turut melahirkan rasa kesal dengan apa yang telah terjadi dan memberi jaminan bahawa perkara sedemikian tidak akan berulang lagi.

OHMEDIA: Sesiapa sahaja boleh terlepas cakap. Mungkin bukan niat dia untuk berkata begitu. Apapun, semoga ia tidak berulang lagi.

—————————————————————

Nak Menang iPhone?

Comments

Exit mobile version