Umum

Sijil Halal Secret Recipe Ditarik Balik

Published on

Sijil Halal Secret Recipe Manufacturing Sdn Bhd ditarik balik selepas didapati melanggar manual prosedur pensijilan halal yang membabitkan kesalahan kebersihan dan Amalan Pengilangan Baik (GMP).

Pengarah Hab Halal JAKIM, Hakimah Mohd Yusoff berkata, penarikan ini tidak disebabkan kesalahan penggunaan bahan haram dalam pemprosesan produk.

“Penarikan balik sijil halal itu sudah berkuatkuasa sejak 7 Mei lalu. JAKIM sudah memanggil syarikat berkenaan dan mereka sudah berjanji akan melakukan tindakan segera berhubung kesalahan itu sehingga mengakibat sijil pengesahan halal ditarik balik,” katanya.

Hakimah berkata, bagaimanapun penarikan balik itu tidak menghalang syarikat untuk memohon semula sijil halal selepas pembetulan dibuat dan mematuhi piawaian pensijilan halal Malaysia. – hmetro

————————————–
Persedian awal menjelang raya. Jualan awal gila gila di Beautylace dari RM11.00 sahaja.

Comments

Exit mobile version