Umum

Selepas JDT, KIni Giliran FAS Pula Bertransformasi

Published on

Hari ini Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan rasmi pusat latihan baharu bagi pasukan Selangor, The Red Giants di padang Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Seksyen 5.

Pusat latihan yang berkeluasan 400,000 kaki persegi itu yang dilengkapi pejabat pentadbiran, padang bola sepak, gimnasium dan pusat rawatan fisioterapi. Tengku Amir bertitah, ini merupakan visi pertama dalam menjenamakan semula Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) memandangkan FAS  adalah suatu entiti yang besar.
Baginda berharap dalam titahnya, dengan penubuhan fasiliti baru ini akan memberi inspirasi kepada pemain selain membolehkan pentadbiran persatuan serta kejurulatihan diletakkan di bawah satu bumbung.
Sumber: Sinar Harian

Comments

Exit mobile version