Umum

Sarimah Ibrahim ‘Throwback’ Lepak Dengan Paris Hilton!

Published on

Bukan senang nak bergambar dengan orang terkenal lebih-lebih lagi dengan seorang bintang terkenal. Penyanyi dan pengacara Che Puan Sarimah Ibrahim, imbas semula waktu pertemuannya dengan bintang Hollywood sensasi Paris Hilton sekitar empat tahun lalu.
Difahamkan pertemuan itu berlaku ketika kunjungan Paris ke Sunway Lagoon sekitar tahun 2015 sempena Festival Muzik ACV. Malah, ketika itu Sarimah bertanggungjawab untuk menemuramah sosialit terkenal itu untuk sebuah rancangan televisyen.

“Saya dan Paris Hilton pernah bertemu sekitar tahun 2015 dan kami sempat berkongsi pelbagai cerita menarik sepanjang sesi itu.
“Dia seorang wanita berkerjaya dan usahawan yang sangat bijak. Mungkin dipandang rendah daripada beberapa sudut namun itulah namanya penjenamaan diri.
“Ramai individu yang kita nilai hanya berdasarkan luaran semata-mata walhal kualiti sebenar tidak dipertontonkan kepada khalayak,” kongsi Sarimah menerusi entri terbaharu di Instagramnya.
Kisah itu sedikit sebanyak menyuntik inspirasi dalam kalangan peminat kedua-dua wanita hebat itu.


Sumber: Awani

Comments

Exit mobile version