Umum

Digelar Sebagai Hero – Ini Temuramah Pertama Egg Boy di The Project

Published on

‘Egg Boy’ atau nama sebenarnya Will Connolly telah menggemparkan dunia dan digelar sebagai ‘Hero’ apabila tindakannya memecahkan sibijik telur di atas kepala Senator Australia, Fraser Anning.

Kini, setelah sekian lama ramai menantikan kemunculan ‘Eng Boy’, sebuah siaran televisyen melalui saluran Channel 10  melalui program The Project telah melakukan temubual khas bersama Will.

Will di dalam temubual turut menyatakan bahawa dia agak ‘annoying’ apabila digelar ‘Egg Boy’ dan lebih suka dipanggil Will.

Will juga menyatakan bahawa duit sumbangan yang diberikan orang ramai akan disalurkan kepada mangsa di Christchurch dan ucapkan terima kasih kepada mereka yang terus membantu dan memberi sokongan terhadap dirinya.

Namun, remaja 17 tahun ini tetap yakin dan akan teruskan untuk menjadikan dunia sebagai tempat yang baik dan walaupun apa yang dilakukannya bukan perkara baik, tetapi itu menyatukan orang ramai.

“Saya tak tahu sangat mengenai politik. Bukan pro pada mana-mana agama. Hanya membawa sifat kemanusiaan,” jelas Will.

Temubual penuh The Project bersama Will Connolly:

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Exit mobile version