Oh! Artis

Safiey Illias Taknak Pendakwah Sembang Dan Mahu Jumpa Depan-Depan Sekiranya Nak Membimbing

Published on

Safiey Illias baru jer membuat posting di Instagram miliknya yang mengatakan sudah bersedia untuk berjumpa mana-mana PU ataupun pendakwah yang ada niat untuk membimbing atau nak nasihatkan dirinya. Safiey juga mengatakan yang dia tidak mahu mereka ni berkata belakang di laman social semata-mata untuk meraih perhatian, kalau betul-betul nak bimbing atau nasihat, jumpa jer depan-depan.



Bukan tu jer, Safiey juga mengatakan yang ibubapanya juga bersedia untuk bertemu dengan pendakwah tersebut dan sekiranya nak menyampaikan dakwah, biarlah dengan cara yang ikhlas. Safiey juga ada meletakkan maklumat dirinya di bio Instagram secara terbuka sekiranya ada pendakwah yang ingin menghubingi dirinya.

Dia juga ada berkata yang pendakwah lain perlu mencontohi cara dan keikhlasan Ustaz Ebit Lew sebagai seorang pendakwah. Korang rasa siapa agaknya pendakwah yang Safiey duk ajukan ni? Walaubagaimanapun, Safiey juga mengatakan yang dia ada usaha dan pernah berjumpa pakar psikiatrik dan kaunseling sebelum ni.

Kredit: Instagram Safiey Illias

+ Baca respon pembaca Safiey Illias mahu jumpa pendakwah depan-depan di Facebook Oh! Media.

Comments

Exit mobile version