Pemain sayap skuad kebangsaan Safawi Rasid yang kini beraksi untuk pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) telah mendapat pencalonan untuk gol terbaik AFC Champion League 2019.
Untuk pengetahuan korang, AFC telah memilih 10 jaringan terbaik di AFC Champion League 2019 dan salah satunya dari Safawi ketika JDT bertemu Shandong Luneng di Jinan Olympic Sports Center Stadium. Di bawah ini Ohmedia nak kongsikan jaringan cantik safawi dalam perlawanan tersebut.