Umum

Runtuhan Gunung Berapi Anak Krakatau Jadi Punca Terjadi Tsunami

Published on

Punca terjadinya tsunami yang berlaku secara tiba-tiba di Selat Sunda adalah berikutan dengan runtuhan lereng di bahagian selatan Anak Krakatau ke dalam laut.

Punca ini diputuskan sekumpulan saintis berdasarkan dari imej satelit dan pelbagai maklumat lain. Runtuhan terbabit jatuh ke dalam laut dan mengakibatkan satu gelombang air laut yang kuat.

Sekurang-kurangnya 280 penduduk maut, ratusan lagi cedera, manakala puluhan bangunan rosak teruk apabila tsunami berlaku tanpa sebarang amaran di Selat Sunda, iaitu antara pulau Jawa dan Sumatera.

“Tanah runtuh di dalam laut adalah teori utama. Jadi, apabila tanah itu menggelincir masuk ke dalam laut, ia menyebabkan anjakan pada permukaan laut, seterusnya mengakibatkan tsunami,” kata ahli seismologi di GNS Science yang berpangkalan di Wellington, New Zealand, Sam Taylor-Offord.

Comments

Exit mobile version