Datin Seri Rosmah yang didakwa atas 12 pertuduhan hari ini membayar jaminan RM1 juta daripada jumlah keseluruhan RM2 juta yang diarahkan Mahkamah Sesyen.
Rosmah hadir bersama dua orang wanita lain yang dipercayai penjaminnya menuju ke kaunter bayaran jaminan di tingkat bawah Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Pada Khamis lalu, Mahkamah Sesyen di sini memerintahkan Rosmah, yang diwakili barisan peguam diketuai Datuk K Kumaraendran, membayar ikat jamin RM500,000 pada hari yang sama dan bakinya pada atau sebelum 11 Oktober.