Umum

Ronaldo Yakin Mampu Berikan Aksi Terbaik Menentang United

Published on

Bekas penyerang Manchester United, Cristiano Ronaldo yang kini berada di Juventus juga sebagai penyerang mengatakan sudah bersedia untuk bertemu semula di laman lamanya itu bagi pertembungan Liga Juara-Juara awal pagi esok.

“Emosional? Saya masih ingat keadaannya ketika saya berada di Manchester,” kata pemain dari Portugal itu.

“Saya memenangi banyak trofi di sini. Saya juga mengingati sokongan diterima, sokongan yang luar biasa.”

“Ia akan menjadi sengit buat kami tetapi kami mempunyai senjata tersendiri. Kami mempunyai peluang, saya tahu sekiranya kami bermain dengan mengikut kemahuan jurulatih, kami mempunyai peluang yang baik untuk memenangi perlawanan.”

Ronaldo akan kembali ke Old Trafford buat kali pertama setelah dilihat kali terakhir pada 2013 ketika berjaya menjaringkan goal buat Real Madrid dan mara ke suku akhir Liga Juara-Juara.

Comments

Exit mobile version