Umum

Ronaldo Dakwa Gol Miliknya Lebih Cantik Dari Salah

Published on

Anugerah Puskas diterima Mohamed Salah selepas menerima undian tertinggi dari peminat seluruh dunia. Salah menjaringkan gol ketika menentang Everton musim lepas dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Walaubagaimanapun, penyerang Juventus, Cristiano Ronaldo percaya gol ‘bicycle kick’ miliknya sepatutnya memenangi anugerah tersebut dan mengatakan gol tersebut sebagai gol paling cantik antara semua gol yang dicalonkan untuk anugerah tersebut.

Ronaldo menjaringkan gol lipatan gunting itu ketika bersama Real Madrid menentang Juventus musim lepas dalam peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Eropah.

Selain Ronaldo, ramai lagi yang turut tidak berpuas hati dengan penganugerahan tersebut sambil mengatakan Ronaldo sebenarnya lebih layak. Faiz Subri memenangi anugerah Puskas dua tahun yang lalu.

Comments

Exit mobile version