Umum

Remaja Ghaib Di Gunung, Ibu Lengkap Bertelekung Doa Tanpa Henti Dalam Hutan

Published on

Seorang remaja dilaporkan telah pun hilang pada 1 Januari lepas semasa mendaki gunung dengan kawan-kawannya dan kemudiannya terpisah di kawasan pergunungan Kabupaten Kerinci, Wilayah Jambi di Pulau Sumatra. Ikhsan Al Mughoni yang berusia 17 tahun dikatakan hilang tanpa meninggalkan apa-apa petunjuk.

Beberapa pihak berkuasa, sukarelawan dan juga ahli keluarga Ikhsan sendiri terus mencarinya tanpa berputus asa apatah lagi ibunya yang dikatakan lengkap bertelekung dan bersejadah yang tak henti-henti berdoa di dalam hutan tebal tu supaya dapat berjumpa lagi anaknya yang ghaib secara tiba-tiba dalam keadaan yang selamat walaupun misi pencarian anaknya sudahpun dihentikan.

Teringat pulak situasi yang sama macam ni terjadi kat Malaysia tahun lepas iaitu Mohammad Ashraf Hassan atau lebih dikenali dengan panggilan Acap yang masih tidak lagi ditemui sehingga lah sekarang dari 23 Mac 2019 lalu. Semoga jasad adik Ikhsan ni berjaya ditemui dalam keadaan yang selamat seperti sedia kala, amin!

Sumber: Borak Daily

+ Baca respon pembaca Oh! Media

Comments

Exit mobile version