Umum

Ramai Turut Berasa Sedih Dengan Kehilangan Fasha dan Keluarga

Published on

Pelakon Fasha Sandha yang sebelum ini dikatakan sudah berbadan dua, kini telah berkongsi berita sedih selepas mengalami keguguran anak dalam kandungannya.

Fasha yang sedang mengandungkan anak hasil bersama pelakon Aidil Aziz yang berkahwin pada 30 Mac lalu menyatakan rasa sedih dan terkilannya di Instagram miliknya dengan berkata,”Ibu mintak maaf suamiku tercintam Rayfal dan Jemyma sayang”.

Fasha turut kongsikan video dia meminta maaf kepada anaknya Rayfal dan Jemyma yang menyatakan anaknya memang tidak sabar untuk mendapatkan adik sejak dulu lagi. Anak Fasha berulang kali menasihatkan agar ibunya perlu makan lebih banyak selepas ini.

Turut dapat dilihat ramai yang melahirkan rasa sedih dan simpati serta ada juga yang tidak dapat menahan air mata apabila menonton video berkenaan.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Exit mobile version