Oh! Lifestyle

Ramai Orang Tak Tahu Minyak Masak Yang Berlebihan Boleh Jadi Sabun Basuh Pinggan

Published on

Siapa sangka minyak masak yang berlebihan boleh guna sebagai sabun basuh pinggan kan? Ohmedia pun baru tahu perkongsian daripada seorang pengguna Facebook, Suhaili Baharudin. Wow! Memang berguna weh tips ni.

Takkanlah lepas korang menggoreng jer, korang nak terus buang minyak tu ke dalam tong sampah. Untuk mengelakkan pembaziran, Ohmedia sarankan korang untuk ikut tips daripada Kak Eli! Kot-kot lah keadaan korang time tu darurat dan keperluan mendesak satu hari nanti.

Selepas korang habis menggoreng, korang kumpulkan dalam satu bekas. Tak kiralah bekas yang berbentuk bulat atau petak. Janji dalam bekas. Kah! Yang lebih menarik, tips ni boleh juga digunakan untuk sabun basuh baju serbuk, sabun badan dan sabun badan dari minyak zaitun.

Lebihan minyak goreng ikan, ayam, ikan bilis, ikan masin, keropok dan juga lain-lain, korang boleh kumpulkan untuk ditapis dan timbang. Kalau korang dapat dalam satu kilogram tu, dah cun sangat! Hahaha. Jangan buang please. Jom buat sabun!

Caranya mudah je gais! Mula-mula korang kena masukkan bancuhan. Psst! Kak Eli kata untuk proses jadikan sabun tu, korang mesti ada resepinya, mesti faham proses-prosesnya, mesti tahu keselamatan dan tertibnya. Tidak boleh sembarangan bancuh tau. Tapi kalau korang dah tahu, senang saja nak buat.

Bila korang dah campur dengan bancuhan, kacau je dengan menggunakan pemukul telur tu sampailah bancuhan korang menjadi warna oren pekat. Jadi, korang tak perlu risau sebab ia tetap bahan semulajadi iaitu minyak.

Sebati sebegini bermakna semua bahan tadi dah bersatu dan sekata.

Lepas tu korang tuang je sebati tadi ke dalam perkakas atau bekas yang korang ada dekat dapur tu. Tak kiralah Tupperware ke, mangkuk atau sebagainya. 

Sabun homemade is done! Korang tunggu je sebati tu kering dan lepas tu korang dah boleh guna untuk sabun basuh pinggan. Warna sabun tu akan bertukar kepada warna cerah. Jadi, korang tak perlu rasa risau okay? Mudah je kan.

Maka dengan itu siaplah sabun basuh pinggan homemade korang. Minyak yang berlebihan bertukar kepada seketul sabun gais dari bahan semulajadi. Memandangkan dah tahu tips yang Ohmedia kongsikan, korang bolehlah buatkan untuk jiran sebelah ke atau mak mertua kan? Hehe. Tak perlu bersusah-payah beli sabun baru dekat kedai. Save duit tu!

Korang nampak tak buihnya? Buih tu sebenarnya datang dari minyak yang tak akan mengeringkan dan merosakkan kulit. Lepas ni bolehlah cuci periuk belanga korang yang berkerak tu dengan mudah. Kot-kotlah lepas korang cuci je, terus jadi magik macam baru kan. Hehe.

OHMEDIA: TAK SANGKA MINYAK YANG BERLEBIHAN BOLEH JADI SABUN. TERIMA KASIH KEPADA KAK ELI UNTUK TIPS YANG BERGUNA NI!

Sumber
: Suhaili Baharudin

+ Baca respon pembaca pencinta sabun di Facebook Oh! Media

Comments

Exit mobile version