Umum

Puteri Kesayangan Che Ta, Aaisyah Dikejarkan Ke Hospital

Published on

Sebentar tadi, Aaisyah dimasukkan ke sebuah hospital di Damansara, Petaling Jaya, selepas dipercayai terkena jangkitan kuman.

Puteri kesayangan Rozita Che Wan dan Zain saidin, Aaisyah jarang jatuh sakit.

“Sudah seminggu Aaisyah demam. Kami difahamkan, ada bakteria dalam darahnya.

“Doktor terpaksa memasang tiub untuk memudahkan proses memasukkan ubat agar cepat sembuh,” kata Zain Saidin kepada pemberita.

Bagaimanapun, keadaan Aaisyah masih stabil dan ceria. Che Ta mengharapkan orang ramai mendoakan agar anaknya itu cepat sembuh.

Comments

Exit mobile version