Umum

Tiada Alasan Walaupun Main-Main, PU Syed Jelas Aplikasi FaceApp Haram

Published on

Sebelum ini timbulnya kontroversi mengenai Lathi Challenge yang melakukan solekan seperti hantu dan kali ini pula sebuah aplikasi yang dikenali sebagai FaceApp menjadi tular di kalangan pengguna media sosial.

FaceApp adalah sebuah aplikasi yang boleh menyunting gambar kita kepada macam-macam jenis seperti orang tua, bayi dan sebagainya tetapi sekarang ini tular disebabkan ramai lelaki menggunakan aplikasi tersebut sebagai keseronokan untuk berubah wajah mereka kepada perempuan dan wanita pula berubah wajah mereka kepada lelaki.

Namun pendakwah bebas Pencetus Ummah (PU) Syed atau nama sebenarnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak tampil memberi keterangan mengenai hukum penggunaan aplikasi itu menerusi akaun Instagramnya.

Lagi ditegur lagi meriah mereka dok upload gambar bertukar jantina wajah. Apa yang seronok sangat menukar wajah dari lelaki menjadi perempuan dan perempuan menjadi lelaki? Sakan kalian buat perkara yang ditegah oleh Syara’, larangan menyerupai itu bukan setakat tak boleh jadi pondan atau bapuk, maknyah dan sebagainya, tetapi apa sahaja yang menjurus ke arah perbuatan itu. Kalian seolah-olah support perbuatan nak tukar jantina yang dilaknat oleh Allah ini. Cukup-cukuplah, benda HARAM janganlah dibuat!





Lepas ni korang buang jer aplikasi FaceApp tu dekat dalam telefon korang. Lebih baik korang buat aktiviti yang berfaedah ataupun meluangkan masa bersama insan tersayang. Barulah seronok!

OHMEDIA: FACEAPP HARAM TAU!

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca beri pendapat di Facebook Oh! Media.



Comments

Exit mobile version