Umum

Potongan Gaji Peminjam PTPTN Dilihat Antara Kaedah Paling Berkesan

Published on

Pengenalan sistem pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional PTPTN yang  ditubuhkan sejak tahun 1997 dan telah memberi manfaat kepada lebih 200,000 orang pelajar setiap tahun. Ini bertepatan dengan hasrat kerajaan untuk mempermudahkan rakyat mendapat pendidikan.

Tetapi, ia seharusnya dibalas baik oleh peminjam dengan membuat bayaran selepas menamatkan pengajian. PTPTN merekodkan 2.9 juta peminjam dan 1.4 juta dilaporkan culas membayar balik pinjaman.

Penolong akauntan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Sallekhudin Abdullah, berkata pada peringkat awal, kaedah ini diperkenalkan memang ada kakitangan yang tidak bersetuju.

Bagaimanapun katanya, apabila diteliti balik syarat pinjaman yang mewajibkan peminjam membuat bayaran, mereka akhirnya memahami tuntutan itu.

“Rata-rata kakitangan UTM menerima kaedah pembayaran secara potongan gaji yang dilihat banyak memberi kemudahan kepada mereka.

“Cara ini juga menjadikan mereka lebih berdisiplin dan tidak boleh mengelak daripada tidak membuat bayaran.

“Selain itu, ia bukan sahaja mudah, tetapi pembayarannya adalah konsisten. Maklumat pemotongan juga akan dimaklumkan kepada kakitangan,” katanya.

Bagi memastikan urusan potongan gaji ini berjalan lancar dan mengelak sebarang masalah, pihaknya sentiasa berhubung dengan PTPTN.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Exit mobile version