Umum

Perdana Menteri Israel Bersama Isteri Terus Didakwa Atas Kesalahan Rasuah

Published on

Benjamin Netanyahu yang merupakan Perdana Menteri Israel bersama isterinya, Sara terus didakwa atas kesalahan penipuan dan rasuah.

Pihak polis dan Pihak Berkuasa Sekuriti Israel berkata, terdapat cukup bukti untuk mendakwa mereka atas kesalahan rasuah, penipuan dan pecah amanah.

Kedua-dua mereka disyaki campur tangan dalam keputusan pengawalseliaan yang memihak kepada firma telekomunikasi Bezeq dan pemegang saham utamanya, Shaul Elovitch.

Ia dilakukan sebagai balasan untuk mendapatkan liputan positif dalam laman berita Walla! yang dimiliki Bezeq.

“Cadangan pendakwaan telah ditentukan dan dibocorkan sebelum siasatan bermula.

“Saya pasti setelah menjalankan siasatan, pihak berkuasa akan membuat kesimpulan bahawa tiada apa yang berlaku,” kata perdana menteri berusia 69 tahun itu menerusi Twitter.

Elovitch setakat ini masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung isu berkenaan.

Sumber: BBC

Comments

Exit mobile version