Oh! Lifestyle

Penyedian WiFi Percuma Di Seluruh Hentian R&R

Published on

Syarikat konsesi tol diarahkan Kementerian Kerja Raya agar mengkaji penyediaan kemudahan jalur lebar tanpa wayar (WiFi) untuk diberikan secara percuma kepada semua pengguna lebuh raya di semua Hentian Rehat dan Rawat (R&R).

Baru Bian, yang merupakan Menteri Kerja Raya berkata, kemudahan WiFi di lebuh raya terutama di kawasan R&R perlu diberi perhatian utama oleh semua syarikat konsesi tol.

“Matlamat menjadikan lebuh raya Malaysia bertaraf dunia hendaklah merangkumi semua elemen pengurusan dan kejuruteraan termasuklah penyelenggaraan,”katanya.

Baru berkata kerja-kerja penyelenggaraan tidak hanya terhad kepada turapan jalan tetapi merangkumi aset-aset lain seperti cerun, sistem perparitan, aspek mekanikal dan eletrikal, bangunan, landskap, peralatan keselamatan, papan tanda dan lampu jalan.

Sementara itu, Pengarah Urusan PLUS Malaysia Bhd (PLUS) Datuk Azman Ismail, berkata, pihaknya mengalu-alukan penyediaan WiFi di R&R, malah ia juga adalah sebahagian nilai tambah yang akan disediakan dalam perancangan naik taraf kesemua 24 R&R PLUS di seluruh negara.

“Kawasan rehat dan rawat pertama yang dijangka dilengkapi wifi percuma ialah Seremban arah selatan pada awal 2020.

“Pada masa ini proses tendering sedang dilakukan dan kemudahan wifi percuma adalah selaras dengan proses naik taraf kawasan rehat dan rawat PLUS,” katanya kepada pemberita selepas perasmian persimpangan bertingkat Bandar Serenia di sini.

Comments

Exit mobile version