Penyanyi kacak yang menjadi sebutan selepas lagu nyanyiannya yang bertajuk Kun Anta mendapat sambutan hebat di Malaysia iaitu Humood Alkhudher dikhabarkan akan datang ke Malaysia pada 8 hingga 14 Jun ini.
Penyanyi yang berusia 26 tahun dan berasal dari Kuwait ini bakal datang ke Malaysia sempena jelajah mempromosikan album Kun Anta dan turut akan menghiburkan peminat-peminatnya disini.
Lagu Kun Anta yang bermaksud Jadilah Diri sendiri itu mula popular selepas ramai yang membuat parody ketika Humood menyanyikan lagu tersebut di dalam kereta. Malah, penyanyi Neelofa juga turut membuat parody tersebut.