Umum

Penulis Novel Saman Syamsul Yusof Kerana Ciplak Karya?

Published on

Seorang penulis novel, Elias Idris dilaporkan telah mengemukan saman terhadap pelakon dan pengarah muda Syamsul Yusof dan Skop Production atas dakwaan menciplak karya tulisannya menerusi novel Aku Bohsia (1995) untuk menghasilkan filem Bohsia (2009).

Elias Idris mendakwa beliau mula perasan akan persamaan filem Bohsia dengan novel hasil karyanya itu selepas menontonya pada tahun lalu dan jelaskan beberapa watak dan jalan cerita novel itu telah ditiru dan diterbitkan dalam bentuk visual menerusi filem Bohsia tanpa kebenaran.

Penulis itu menerusi peguam Tetuan Maha & Peri memfailkan writ saman terhadap Syamsul Yusof, bapanya & Skop Production di Mahkamah Tinggi KL pada 10 November lalu.

Comments

Exit mobile version