Umum

Penjualan Buku ‘Billion Dollar Whale’ Meningkat Mendadak Selepas Bill Gates Melakukan Perakuannya

Published on

Wow! Tak sangka Bill Gates turut berminat membaca buku ‘Billion Dollar Whale’ yang ditulis oleh Tom Wright. Dalam satu kenyataam, Bill Gates yang merupakan pengasas kepada Microsoft telah mengesyorkan buku berkenaan sebagai salah satu bahan bacaan terkininya.

Perkara ini dikongsikan sendiri oleh penulisnya iaitu Tom di laman Instagram miliknya dengan menunjukkan sebuah video di mana Bill Gates menyamakan perumpamaan situasi Bad Blood kepada bioteknologi, Billion Dollar Whale kepada kewangan antarabangsa.


Selain itu, Bill Gates turut mengatakan buku itu menceritakan kisa sedih rasuah antarabangsa dalam bentuk yang mudah dibaca dan mendebarkan.

Pasti ramai yang tidak menyangka kesan daripada perkongsian Bill Gates itu, graf peningkatan jualan buku berkenaan menunjukkan peningkatan mendadak.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Exit mobile version