Umum

Pengurus Manchester Jose Mourinho Berdepan Hukuman Penjara

Published on

Pengurus Manchester United, Jose Mourinho yang dijatuhkan hukuman penjara setahun berikutan kes penipuan cukai dipercayai sedia membayar denda 1.8 juta pound (RM9.57 juta) susulan perjanjian dengan pihak pendakwa raya Sepanyol, menurut akhbar El Mundo.

Pengurus dari Portugal itu dilaporkan menerima hukuman penjara yang ditangguhkan itu sebagai sebahagian daripada rayuan bersama pihak pendakwa raya yang menuduhnya melakukan penipuan cukai berjumlah 2.9 juta pound (RM15.41 juta).

Mourinho begitupun tidak akan menjalani hukuman berkenaan kerana undang-undang di Sepanyol membolehkan hukuman penjara di bawah dua tahun yang juga kesalahan pertama boleh dikenakan pengawasan sahaja.

Comments

Exit mobile version