Zaman sekarang serba serbi mahal ni, banyak pihak mengambil jalan mudah untuk meneruskan kehidupan. Ini termasuklah dengan apa yang dikirimkan kepada kami tentang sikap segelintir insan yang tergamak mencuri kasut-kasut para jemaah yang sedang solat di dalam masjid.
Lebih memeranjatkan lagi bila gambar yang diterima ini mempamerkan kasut-kasut yang dikatakan telah dicuri itu disimpan di dalam boot sebuah kereta Mercedez!
Mesej yang diterima ini tanpa sebarang maklumat lain kecuali dengan 3 gambar berikut. Kisah sebenarnya tentang apa lagi yang berlaku tidak dimaklumkan namun sesiapa yang ada maklumat sudilah sekiranya berkongsi dengan kami di Oh! Media.