Oh! Artis

Penampilan Terbaru Yusuf Iskandar Curi Perhatian Netizen!

Published on

Wah! Segak betul anak sulung kepada pasangan pelakon Hanis Zalikha dan Hairul Azreen, Yusuf Iskandar berusia 4 tahun sehingga mencuri perhatian warganet di media sosial. Mana taknya, Yusuf tampil dengan penampilan baru yang berambut panjang.

Perkongsian itu telah dibuat menerusi akaun Instagramnya, @theyusufiskandar memakai baju melayu berwarna hitam sedondon bersama adiknya, Alisa Aisyah yang kini berusia satu tahun memakai kebaya.

Yusuf and little sister @thealisaaisyah


Apapun, Ohmedia doakan agar Yusuf dan Alisa menjadi anak yang baik dan sentiasa mentaati kepada ibu bapa. Kalau korang nak tahu, Hanis Zalikha dan Hairul Azreen mendirikan rumah tangga pada 5 Jun 2015 dan dikurniakan dua anak yang comel iaitu Yusuf Iskandar dan juga Alisa Aisyah.

OHMEDIA: COMELNYA YUSUF DAN ALISA.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca beri kata-kata yang positif di Facebook Oh! Media.



Comments

Exit mobile version