Umum

Pelakon Filem Seram Ditangkap Khalwat

Published on

Seorang pelakon berstatus janda berusia 33 tahun yang sinonim dengan filem seram telah dicekup oleh sepasukan anggota penguat kuasa selepas dipercayai berkhalwat bersama pasangannya di sebuah kondominium, Ukay Perdana dekat sini, awal pagi tadi.
Tangkapan dilakukan oleh (JAIS) pada 3.23 pagi ini kediaman pelakon itu berdasarkan maklumat orang awam.

Menurut sumber, pasangan berkenaan ditahan selepas gagal menunjukkan sebarang dokumen menunjukkan mereka mempunyai sebarang ikatan mahram.

Difahamkan, pelakon mempunyai tiga anak itu dilaporkan pernah membintangi beberapa filem tetapi cukup sinonim dengan filem seram dan watak hantu.

Sumber : Harian Metro

Comments

Exit mobile version