Roslan Hussin yang merupakan pelakon dan pengarah pada tahun 90-an telah dilaporkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur pada jam 4:45 petang semalam selepas mengadu sesak nafas ketika memandu kereta.
Roslan yang ketika itu bersama anak perempuannya sempat memberhentikan kereta dan meminta bantuan orang awam untuk membawanya ke hospital.
Walaubagaimanapun, doktor telah mencuba untuk memberi bantuan pernafasan tetapi tidak berjaya. Adik Roslan iaitu Mashor berkata, jenazah Allahyarham akan dimandi dan dikapankan di Surau Al Husna, Setapak, esok, sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara, Petaling Jaya, pada jam 9 pagi.
Sebelum ini, Roslam memang telah mengalami masalah kesihatan termasuk lemah jantung, semput, darah tinggi, kencing manis dan buah pinggang.
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.