Umum

Pelajar Wanita Universiti Al-Azhar Berpelukan Dibuang

Published on

Seorang pelajar wanita yang merupakan pelajar Universiti Al-Azhar telah disingkirkan pihak Universiti apabila satu video yang menunjukkan dia memeluk rakan lelakinya tersebar dan ia disifatkan sebagai mampu menjejaskan reputasi Universiti Al-Azhar.

Sebelum ini telah tersebar satu video menunjukkan seorang lelaki membawa jambangan bunga sedang melutut di hadapan seorang wanita muda dan kemudian memeluk beliau dan ia dikatakan merupakan satu lamaran perkahwinan.

Walaubagaimanapun, video berkenaan dipercayai dirakam di Universiti Mansoura di Utara Mesir dan bukannya di Al-Azhar.

Bagaimanapun, jurucakap universiti, Ahmed Zarie, berkata, majlis disiplin kampus Universiti Al-Azhar di Mansoura semalam, ‘memutuskan untuk menyingkirkan gadis berkenaan’.

Katanya, video itu menyebabkan ‘kemarahan awam’ dan keputusan universiti menyingkirkan beliau adalah kerana gadis itu memberikan ‘imej buruk’ kepada Universiti Al-Azhar, yang secara tegas mengamalkan pengasingan jantina.

Dalam perkembangan lain, pihak Universiti Al-Azhar masih membuka peluang untuk pelajar terbabit membuat rayuan.

Sumber: Berita Harian

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Exit mobile version