Umum

Pahang Terima Sultan Baharu Hari Ini

Published on

Sebentar tadi telah berlangsung Pemasyhuran Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah sebagai Sultan Pahang VI yang menggantikan Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah yang telah memerintah selama 45 tahun.

Pemasyhuran yang penuh adat istiadat diraja di Balairung Seri, Istana Abu Bakar diumumkan oleh Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah, yang membacakan Pengisytiharan Pelantikan Raja di bawah Perkara 9A Undang-undang Tubuh Kerajaan Pahang (Bahagian Pertama).

Pemasyhuran Sultan Abdullah sebagai Sultan Pahang yang baharu hari ini melayakkan baginda dalam senarai pemilihan sebagai Yang di-Pertuan Agong XVI.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Exit mobile version