Branded

Norma Baharu? Dengan Wujudnya Teknologi Yang Kian Canggih, Raya Berjauhan Pun Boleh!

Published on



Hari Raya Aidilfitri merupakan hari yang paling ditunggu-tunggu oleh setiap umat Islam di seluruh dunia. Mana taknya, dah sebulan berpuasa inilah masanya untuk menyambut hari yang paling ditunggu-tunggu. Tapi untuk tahun ni, kita diberi kelonggaran untuk menziarah ahli keluarga pada hari raya pertama sahaja dan yang selebihnya, kita kena duduk rumah dan patuhi apa yang telah diperintahkan.

Tapi tak apa, mood dan vibes raya masih boleh dirasai dengan wujudnya teknologi canggih yang ada zaman sekarang ni. Betul tak? Kalau rindu keluarga, telefon jer mereka. Nak video call lagi elok, bolehlah ‘bersua muka’ walaupun dalam telefon jer.

Memang betul, perasaan ‘rindu’ nak balik kampung halaman pasti akan dirasai tapi nak buat macam mana kan? Arahan pihak kerajaan perlu diambil berat juga, kalau tak ikut nanti menyesal di kemudian hari.

Bak kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, “Kita tidak boleh balik raya, jadi kita beraya di rumah saja dan pakai kain pelikat.” Tapi ini yang terbaik buat kita semua dan keluarga tersayang. Jadi, jangan sedih-sedih ye. Walaupun tak dapat bersama keluarga, korang tau tak Celcom ada ‘something’ untuk korang?

Walaupun raya tahun ni agak berbeza, tak bermakna korang tak boleh contact keluarga kan? Filem pendek yang bertajuk ‘Mana Tok Ucu’ ni menceritakan yang Tok Ucu telah hilang dari radar. Lepas tu apa lagi, semua cucu-cucu Tok Ucu panik lah, siap fikir strategi macam mana nak cari nenek mereka.

Sebelum korang tengok filem pendek berjudul ‘Mana Tok Ucu’ ni, kita bagi trivia sikit. Sebenarnya filem ini adalah hasil usahama di antara para pelakon dengan Celcom untuk mengaplikasikan teknologi terkini ketika PKP ini. Dan paling awesome, penggambaran filem pendek ni dirakamkan di rumah masing-masing. So, mereka tak berkumpul pun untuk ‘shoot’ filem pendek ni. Eh bukan tu je, filem pendek ‘Mana Tok Ucu’ ni juga telah dihasilkan sendiri oleh setiap ‘talent’ yang ada dalam filem ni.

Wah, talented betul diorang semua ni! Berlakon boleh, mengarah pun boleh. Hebat! Kemeriahan Aidilfitri mungkin akan sedikit berbeza tapi tak semestinya korang kena buang terus mood raya kan? Nak raya dengan keluarga pun boleh je, video call je mereka sepanjang hari raya ni.

Jom kembali kepada jalan cerita ni. Alamak, dahlah tak boleh nak balik kampung, macam mana agaknya diorang nak cari Tok Ucu kan? Disebabkan diorang tak boleh nak balik kampung sebab tak nak langgar perintah pihak kerajaan, diorang cuba ‘susun’ strategi terbaik untuk cari Tok Ucu. Tapi korang tahu tak apa yang membantu misi mencari Tok Ucu ni jadi lebih berkesan?

Dengan kecanggihan teknologi yang ada sekarang ni lah jawapannya! Mana taknya, raya tahun ni memang sangat berbeza dan sesiapa pun tak dibenarkan balik kampung. Jadi, nak tak nak kena terima aje lah dan mereka pula kena guna cara lain untuk cari Tok Ucu sampai jumpa.

Contohnya cuba untuk video call, guna Google Maps, media sosial dan sebagainya untuk track kat mana nenek diorang menghilang. Nasib baiklah terjumpa clue! Sebab itulah pentingnya teknologi.




Walau dalam apa jua situasi, susah atau senang, korang masih boleh menyelesaikan setiap masalah dengan menggunakan teknologi yang ada. Jadi, mesej yang nak disampaikan di sini adalah teknologi masa kini memainkan peranan besar buat kita semua untuk kekal berhubung dengan yang tersayang walau di mana mereka berada.

Pesanan kami, jangan jadikan PKPB ni sebagai ‘pemisah’ dengan keluarga dan yang tersayang sebab korang semua masih boleh berhubung bersama mereka dengan pelbagai lagi cara lain. Ada telefon ataupun laptop pun dah memadai!

Dan korang jangan lupa untuk upload gambar raya kat Facebook, Twitter dan Instagram okay!
Yang penting, #RayaTetapCeria bersama Celcom okay!

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat korang semua!
#RayaTetapCeria #RayaTetapBersama #IklanRaya2020

Comments

Exit mobile version