Umum

Nora Danish Caj Review Di Instagram Termahal?

Published on

Dengan kekuatan 1.4juta pengikut di laman sosial Instagram, aktres cantik Nora Danish dikatakan mengenakan caj termahal kepada penjual online di Instagram yang mahu produk mereka direview di Ig Nora.

Nora dikatakan meletakkan harga yang agak tinggi dengan jumlah RM1,500 sehingga Rm3,000 dan menetapkan masa bagi setiap produk yang direview.

Jika dibandingkan, harga yang dikenakan oleh selebriti Fynn Jamal dan Fizo Omar yang menetapkan harga bawah daripada RM1000 untuk setiap Instashop yang ingin direview.

OH! MEDIA: Setiap perniagaan perlukan perlaburan. Kalau nak feedback banyak, pelaburan pun kena banyak. Itu lumrah untuk berniaga. (Y)

Comments

Exit mobile version