Umum

Netizen Kecam Haneesya Menang ABPBH Kerana Drama Menangis Jerung?

Published on

Artis Baharu Wanita Popular ABPBH Ke-32, Haneesya Hanee. Oh, itu ke anugerah yang baru dia dapat? Ok! Ok cerita pasal pelakon baru popular Haneesya ni, Ohmedia tertarik apabila ramai yang mempertikaikan kemenangannya. Ohmedia pun tak perasan sebenarnya yang Haneesya ni berlakon cerita apa jer.

Tapi, selepas kemenangan, Haneesya menarik perhatian orang ramai apabila ramai yang katakan dirinya hanya ingin meraih simpati apabila menangis kerana ada individu memakan sup sirip jerung.

Video ini sebenarnya telah tersebar beberapa bulan yang lepas lagi apabila Haneesya memuat naiknya di Instagram dan orang ramai telah mendakwa ianya hanyalah strategi Haneesya untuk menjadi popular, sekaligus membolehkan dia memenangi kategori tersebut.

Saya tak menafikan ketika membuat video itu saya terbawa-bawa hingga menangis. Macam mana saya tidak menangis apabila melihat haiwan comel dalam laut itu dibunuh hanya kerana ada manusia mahu memakan siripnya. Jerung sangat comel. Sebenarnya apabila kita membunuhnya secara tidak langsung akan mengganggu kitaran ekosistem dalam laut. Jika penangkapan jerung tidak dibendung dan jika haiwan itu pupus ia membolehkan ikan beracun dan bertoksik terus membiak. Perkara seperti itu akan memberi kesan kepada kehidupan manusia dalam jangka masa panjang, katanya.

Ohmedia tengok baik jer niat Haneesya ni, biasalah tu tersentuh melihat kerakusan manusia pada haiwan. Apa-apapun harap Haneesya dapatlah ambil tauladan dari kata-kata netizen tu sebab orang ramai akan memberi komen sebab kesah dan peduli pasal diri kita. Jangan sampai tiada lagi orang yang ingin menegur atau mengingatkan kita lagi. Apa Ohmedia melalut ni kan? Apa-apa pun selamat berjaya dunia dan akhirat dik.



+ Baca respon pembaca Oh! Media.

Oh! Media Makan


Comments

Exit mobile version