Umum

Netanyahu Mendakwa Israel Miliki Senjata Paling Canggih di Dunia

Published on


Israel melalui Benjamin Netanyahu dalam satu kenyataan mengatakan bahawa mereka memiliki sistem senjata paling canggih di dunia dan tidak teragak-agak untuk menghancurkan semua pihak yang cuba meruntuhkan negara Israel.

Kenyataan yang dikeluarkan semasa lawatan Benjamin ke ibu pejabat Israel Aerospace Industries, IAI di Lod telah membangunkan sistem pertahanan peluru berpandu Israel.

Sebelum ini, Israel telah mengumumkan kejayaan ujian pelancaran peluru berpandu anti-balistik Arrow 3 mereka dan akan terus membangunkan sistem senjata paling maju di dunia bagi memastikan keselamatan Israel katanya.

Mereka turut mengatakan bahawa telah berjaya menguji sistem senjata yang dapat memintas peluru berpandu balistik di luar atmosfera bumi dan kejayaan ini dilihat telah dilakukan hasil kerjasama dengan Agensi Pertahanan Misil Amerika Syarikat.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Exit mobile version