Umum

Nazim Othman & Bella Dally Selamat Bergelar Suami Isteri

Published on

Tahniah diucapkan kepada pasangan serasi dan sepadan, Nazim Othman dan Bella Dally kerana sah bergelar suami isteri pada jam 9.53 pagi tadi.

Dengan sekali lafaz, Bella atau nama sebenarnya Nabilah Ali Dally, 25 sah bergelar suri hati kepada Nazim atau nama sebenarnya, Nushrul Alif Othman, 32 dalam satu majlis akadnikah berlangsung di Hotel Promanade.

Bella menerima mas kahwin sejumlah RM300 dan tujuh dulang hantaran daripada pihak Nazim dan dibalas dengan sembilan dulang hantaran dari pihak Bella.

Pasangan ini tambil kacak dan anggun dengan busana perkahwinan serba putih rekaan pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini Creation dan dijadualkan melangsungkan majlis resepsi bagi pihak pengantin perempuan pada tengahari ini.

Manakala resepsi bagi pihak pengantin lelaki pula akan diadakan di Hotel Berjaya Waterfront, Johor Bahru pada Sabtu hadapan.

Nazim dan Bella terlebih dahulu mengikat tali pertunangan pada 14 November tahun yang lalu selepas berkawan rapat sejak tahun 2013.

Comments

Exit mobile version