Umum

Hasil Serbuan MBAS Dapati Ada Premis Disewa Warga Asing Demi Kaut Keuntungan

Published on

Selain MBSA, Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) juga giat menjalankan operasi memantau premis-premis di sana dan mendapati ada pemilik premis yang nakkan keuntunggan yang mudah dengan memberi sewa kepada warga asing sebelum disita barang-barang mereka.

Pemeriksaan mendapati warga asing dari Rohingya menjalankan perniagaan secara sorok-sorok dan dijaga oleh seorang remaja lelaki warganegara Myanmar berusia 16 tahun, pelanggannya pun dalam kalangan senegara mereka juga melalui buku catatan pada buku catatan. MBAS juga dikatakan telah menyerbu dua buah premis di sana dan mendapati ada yang tidak mempunyai lesen perniagaan.

Ketua Bahagian Penguatkuasa MBAS, Ahmad Syaher Abu Bakar berkata pemilik kedai tu akan dikompaun mengikut Seksyen 109 Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan pihaknya telah merampas semua barangan jualan dekat premis itu untuk tindakan lanjut.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca MBAS serbu premis di Facebook Oh! Media.

Comments

Exit mobile version