Umum

MB Terengganu Seru Peserta Himpunan ICERD Elak Cetus Provokasi

Published on

Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar meminta rakyat negeri ini yang menyertai perhimpunan membantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) menghindarkan diri daripada tindakan yang boleh mencetuskan kekacauan, provokasi dan rusuhan.

Ia bagi memastikan perhimpunan itu diadakan secara aman, rakyat terutama dari negeri ini diminta mengelak daripada perlakuan negatif dan sentiasa mematuhi undang-undang.

Kerajaa Negeri Terengganu turut menyeru dan meminta rakyat Terengganu yang cintakan keamanan dan keharmonian untuk bersama hadir pada perhimpunan ICERD di Dataran Merdeka, Sabtu ini.

“Saya dan beberapa pemimpin politik negeri ini termasuk Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan hadir menyertai perhimpunan ICERD.

“Saya meminta seluruh rakyat negeri ini yang akan bergerak menyertai perhimpunan ICERD supaya mematuhi peraturan lalu lintas dan berhimpun dalam keadaan aman, tenteram serta elakkan sebarang bentuk provokasi yang mungkin ditimbulkan pihak tidak bertanggungjawab,” katanya melalui kenyataan yang dimuatnaik melalui laman Facebook rasminya hari ini.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Exit mobile version