Umum

Masih Tiada Bukti Menunjukkan Anak Oksana Milik Sultan Muhammad V

Published on

Nampaknya kisah kehidupan Ratu Moscow, Rihana Oksana Gorbantenko yang dikaitkan dengan Sultan Muhammad V masih belum ada kesudahan semenjak ia menjadi semakin panas apabila tersebar berita penceraian talak tiga dalam surat bertarikh 22 Julai.

Hari ini pula, melalui laporan akhbar Staits Times, peguam baginda Sultan iaitu Koh Tien Hua mengatakan bahawa sehingga kini masih tiada bukti yang menunjukkan bahawa Sultan Muhammad adalah bapa kandung kepada anak Rihana seperti yang didakwa beliau sebelum ini di laman Instagram miliknya.



Jadi apa agaknya nasib yang akan menimpa Rihana selepas ini? Harap ia dapat diselesaikan dengan baik dan kami sebagai rakyat Malaysia juga ingin mengetahui kebenaran yang menimpa Sultan kita.

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.


Oh! Makan



Comments

Exit mobile version