Umum

Malaysia Airlines Tawarkan Diskaun Penerbangan Sempena Tahun Baru 2020

Published on

Sempena tahun baru 2020 ni, Malaysia Airlines ada tawarkan diskaun tambang daripada 20 Januari sampai la 31 Disember 2020 untuk korang semua sebanyak 35 peratus untuk kelas Ekonomi dan Perniagaan. Tambang untuk kelas Ekonomi ke semua tempat di Malaysia ni bermula dari RM89 je gais!

Ini la peluang untuk korang yang mana memang suka berjalan ataupun melancong ke tempat-tempat menarik yang korang tak pernah pergi lagi ataupun tempat yang korang rasa nak pergi lagi sekali tu. Apa yang Ohmedia tahu, semua harga berikut adalah untuk dua hala dan bermula dari RM899 kalau ke Chennai, RM1,199 ke Shanghai, RM1,599 ke Brisbane, RM2,899 ke Lodon dan banyak lagi gais yang MAS ni tawarkan.

Sumber gambar : Malaysia Airlines

Bukan tu jer, untuk penumpang pakej premium, korang boleh akses masuk ke KLIA Golden Lounge selain dapat tempat duduk yang tersangat la selesa tu dan korang juga boleh dapatkan tambahan 10kg untuk bagasi dengan kerusi standard menerusi tawaran nilai bundle yang diskaunnya sebanyak 20 peratus oleh MAS ni.

Sumber : AmazigNara

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media


Oh Youtube


Comments

Exit mobile version