Umum

Liverpool Terus Selesa Sebagai Pendahulu

Published on

Nampaknya, pasukan Liverpool terus menyambut krismas dengan mempamerkan aksi yang bertenaga setelah berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah dalam Liga Perdana Inggeris setelah mengharungi 19 perlawanan.

Terbaru, Liverpool berjaya menewaskan Newcastle United 4-0 awal pagi tadi. Jaringan separuh voli Dejan Lovren pada minit ke-11 meletakkan Reds di depan seawal minit ke-11, sebelum Mohamed Salah (penalti), Xherdan Shaqiri dan Fabinho menambah tiga lagi gol pada babak kedua.

Walaubagaimanapun, Tottenham ditlihat terus menghambat Liverpool selepas berpesta gol 5-0 ke atas Bournemouth dalam perlawanan yang menyaksikan Son Heung-min kembali menemui sentuhan dengan meledak dua gol.

Tiga lagi jaringan Spurs disempurnakan oleh Christian Eriksen, Lucas Moura dan Harry Kane.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Exit mobile version