Kemenangan pasukan Liverpool yang berjaya menundukkan Wolverhampton Wanderers 2-0 telah berjaya meletakkan Liverpool di tangga teratas Liga Perdana Inggeris awal pagi tadi
Rekod tanpa kalah dan jaringan yang dilakukan oleh penyerang sensasi Liverpool, Mohamed Salah dan Virgil telah memberikan hadiah terindah untuk menyambut Krismas.
Skuad bimbingan Jurgen Klopp kini berkelebihan empat mata di depan penghuni tangga kedua, Manchester City.
Bagaimanapun, City berpeluang mengurangkan jurang kepada satu mata jika berjaya melakar kemenangan ke atas Crystal Palace di Stadium Etihad, malam ini.