Penantian Liverpool selama 30 tahun akhirnya berakhir selepas dinobatkan sebagai juara Liga Perdana Inggeris pada musim ini. The Reds perlu berterima kasih kepada Chelsea yang berjaya menumpaskan Manchester City 2-1 di Stamford Bridge awal pagi tadi.
Kekalahan Manchester City dalam perlawanan tersebut telah mengesahkan kejuaraan Liverpool. Paling mencuri tumpuan apabila ribuan penyokong Liverpool berkumpul di luar Stadium Anfield untuk meraikan kejayaan tersebut.
Selain itu, pemain-pemain pasukan Liverpool juga meraikan kejayaan ini sesama sendiri di sebuah Club House. Ohmedia ucapkan Tahniah kepada anak-anak buah Jurgen Klopp yang telah berusaha untuk mencipta sejarah dan bergelar Juara baru Liga Perdana Inggeris.