Umum

Lima Termasuk Seorang Bayi Rentung Kemalangan Terowong Menora

Published on

Kemalangan yang berlaku pagi tadi di Lebuh Raya Utara Selatan arah utara selepas Terowong Menora telah mengakibatkan lima orang rentung termasuk seorang bayi. Kemalangan membabitkan lori muatan bijih besi dan kereta yang terbakar.

Bagaimanapun, kesemua mangsa kemalangan berjaya dikeluarkan dan masih belum dapat dikenal pasti.

“Setakat ini, mayat empat dewasa dan seorang bayi ditemui hangus dalam kereta terbabit, bayi berkenaan ditemui tertindih bawah mayat lain,” Ketua Balai Bomba Kuala Kangsar.

Comments

Exit mobile version