Umum

Lebih 30 Kenderaan Tersadai Selepas Mengisi Minyak Pagi Tadi

Published on

Pagi tadi, dilaporkan lebih 30 kenderaan tidak dapat bergerak berhampiran Kilometer 7 di Lebuhraya Sungai Besi. kesemua kenderaan berkenaan telah menghadapi masalah enjin setelag dikatakan mengisi minyak di sebuah stesen minyak PETRONAS.

Kejadian ini turut tular di laman sosial mendakwa tangki simpanan petrol di stesen minyak itu dikatakan sudah bercampur dengan diesel, malah ada juga yang mendakwa ia dimasuki air.

Insiden berkenaan bagaimanapun mendapat respons pantas daripada pihak syarikat stesen minyak berkenaan dan memberi bantuan menunda kenderaan yang terjejas.

PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) dalam kenyataan berkata “Kami sudah menghubungi pelanggan yang terjejas, mengambil langkah-langkah yang perlu dan akan membayar ganti rugi dengan sewajarnya,”.

“Kami ingin memberi jaminan bahawa stesen PETRONAS lain tidak terjejas,” katanya.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Exit mobile version