Umum

Lawatan Putera Mahkota Arab Saudi ke Malaysia Ditangguhkan

Published on

Putera Mahkota Arab Saudi iaitu Mohammed Salman yang sepatutnya melakukan lawatan ke Malaysia esok telah memaklumkan kepada Kerajaan Malaysia untuk menangguhkan lawatan berkenaan.

Namun, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memberitahu beliau tidak mengetahui punca kenapa ia menangguhkannya.

“Saya tidak tahu sebab apa, cuma dia beritahu dia tidak hadir, itu sahaja maklumat saya dapat,” katanya.

Menurut laporan, dari Islamabad, Putera Mahkota Arab Saudi dijadual tiba di Kuala Lumpur pada Ahad untuk lawatan rasmi dua hari sebelum meneruskan lawatan ke Indonesia pada Isnin dan selepas itu ke India.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Exit mobile version