Ketua Audit Negara, Datuk Nik Azman Nik Abdul Majid, mendedahkan bahawa Kementerian Pertahanan (MINDEF) telah menerima sembilan kenderaan pengangkut berperisai (Armoured Personnal Carrier – APC) melalui Pembentangan Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019, Siri 1.
Namun kenderaan berkenaan dikatakan tidak menepati spesifikasi yang ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Perkara ini telah menyebabkan bayaran balik yang diterima kurang RM2.22juta. Tambah beliau lagi, ada antara kenderaan berkenaan sudah dihantar ke Lubnan bagi operasi di sana.
Sumber gambar dari Wikipedia
Jelas beliau, MINDEF membeli 9 kenderaan APC berkenaan dengan spesifikasi yang tinggi namun apa yang diterima adalah sebaliknya. Contohnya, anggota tentera perlu mengeluarkan kepala dari kenderaan berkenaan untuk melepaskan tembakan, bukan dari dalam kenderaan.
“Kenderaan itu juga ada sudah dibawa ke Lubnan untuk operasi. Kita hanya boleh mendoakan keselamatan mereka di sana,”
OHMEDIA: MACAM MANA PERKARA MACAM NI BOLEH TERLEPAS? PERKARA MACAM NI TAK SEHARUSNYA TERJADI.