Oh! Negara

Kurangkan Hari & Waktu Bekerja Rakyat Untuk Lebih Masa Bersama Keluarga

Published on

Perghh! Bila Malaysia nak buat macam negara Finland ni? Ohmedia maksudkan dengan satu usul yang telah dibentangkan Perdana Menteri Finland yang baru dan merupakan seorang Perdana Menteri wanita iaitu Sanna Marin. Beliau telah mencadangkan untuk menetapkan waktu kerja yang baru dan lebih fleksibel melibatkan empat hari bekerja dalam seminggu dan hanya enam jam sehari berbanding 8 jam sehari.

Menarik kan? Tapi ini sebenarnya banyak negara dah ambil langkah ni yang dilihat mampu meningkatkan produktiviti pekerja. Ini dibuktikan dengan kejayaan sebuah syarikat Jepun yang menggunakan formula kerja empat hari dan hasil produktiviti syarikat mereka meningkat sehingga 40%.

Saya percaya kita semua berhak untuk meluangkan masa dengan keluarga, orang yang tersayang, hobi dan aspek lain dalam kehidupan. Ini boleh menjadi langkah seterusnya dalam kehidupan bekerja. – Kata Sanna Marin.

Bagi Ohmedia ini satu pendekatan yang baik dan positif kepada pekerja selain menjadikan mereka lebih gembira, bersemangat dan mambu menambahkan pendapatan. Jadi, Malaysia bila lagi?

+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh! Youtube


Comments

Exit mobile version