Umum

Kucing Dicat Pink Mati Akibat Terjilat Bulu

Published on

Seekor kucing comel yang dicat menjadi warna merah jambu keseluruh badannya dilaporkan telah mati selepas menjilat bulunya sendiri.

Kucing malang itu dicat oleh tuannya, Lena Lenina untuk ke majlis “Pretty in Pink Party” yang mewajibkan semua yang hadir mengenakan pakaian berwarna pink termasuklah haiwan peliharaan.

Disebabkan tindakan yang dianggap menyiksa haiwan, Lena telah dikecam hebat namun dia tetap mempertahankan perbuatannya itu kerana menurutnya cat yang digunakan itu adalah yang disarankan oleh doktor haiwan.

Menurut laporan media, kucing tersebut mati akibat keracunan toksik daripada pewarna selepas menjilat bulunya sendiri.

Sebuah petisyen online telah ditubuhkan oleh orang ramai supaya perbuatan Lena itu mendapat hukuman.

OHMEDIA: Manusia sanggup buat apa sahaja demi kepuasan diri sendiri sehingga tidak sedar bahawa perbuatan itu telah menyiksa binatang.

————————————————————–

Dapatkan perfume pelbagai jenama dengan harga yang giler murah di OH! PERFUMENISTA. Dijamin berkualiti tinggi dan memuaskan hati.  
Hotline : 0122553390

Comments

Exit mobile version