Oh! Lifestyle

KFC Juga Mula Sediakan Panel Layan Diri

Published on

Nampaknya, Restoran KFC Malaysia juga tidak ketinggalan apabila turut menyediakan panel layan diri mereka bagi memudahkan proses pembelian pelanggan. Apa yang menarik adalah, KFC turut menerima mod pembayaran mengguna e-dompet tempatan yang lain.

Panel layan diri ini telah mula dapat dilihat dan digunakan di cawangan sekitar Lembah Klang dan menerima bayaran melalui Kash Wallet, Maybank QR Pay, Alipay, WeChat Pay, Boost dan TNG Wallet.


Bukan itu sahaja, pengguna juga boleh menggunakan kad kredit atau debit seperti biasa. Langkah ini dilihat baik bagi mempercepatkan urusan di restoran.

Comments

Exit mobile version